Amalan 5S



Amalan 5S merupakan landasan utama budaya EKSA. 5S adalah singkatan daripada perkataan bahasa  Jepun  iaitu  Seiri,  Seiton,  Seiso,  Seiketsu   dan  Shitsuke. Jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, akan membawa maksud seperti yang dinyatakan dibawah :





1.    SISIH

Tumpuan diberikan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.














Aktiviti sisih melibatkan:
Item yang tiada nili dan senang dibuang, perlu dibuang segera.
Item yang ada nilai tetapi tidak digunakan dan tiada kegunaan pada masa yang akan datang, maka perlu dihapuskan atau dijual mengikut prosedur.
Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan yang tinggi, maka kaedah atau kos yang paling rendah perlu ditentukan.



2. SUSUN



Amalan ini merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”.
Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan  dan selamat.















Aktiviti ini melibatkan :
Item yang disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput Dulu Keluar Dulu) jika mempunyai tarikh luput. Jika item tidak mempunyai tarikh luput ATAU  item mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu) akan digunakan.
Item yang dilabelkan dengan nama dan nombor indeks.
Item yang disimpan mengikut kategori.
Item yang diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat. Semasa bekerja, kedudukan fail aktif dan bahan rujukan yang digunakan, adalah di atas meja. Selepas digunakan, ia perlu disimpan kembali ke tempat asal.




3.  SAPU

Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja.












Aktiviti ini :
Menetapkan pemilik (owwership) bagi setiap ruang, perkakas dan mesin.
memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.




4.   SERAGAM

Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa.
Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format.







5.    SENTIASA AMAL

Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempergiatkan amalan EKSA.


 Aktiviti ini melibatkan :
Audit dalaman dilakukan secara berkala.
Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga Hospital.
Mengadakan program kesedaran EKSA secara berterusan melalui latihan.






































No comments:

Post a Comment